Monday, February 28, 2011

Hadiah Birthday

Order dari Kak Ina SKDJ 2, untuk birthday rakan anaknya.
9 biji oreo dengan edible imej.

Hantaran

Order dari Kak Ani, Kota Damansara.
Majlis Pertunangan tema biru.

Sunday, February 13, 2011

Tempahan Hujung Minggu..

Coklat oreo dengan edible imej terima kasih ni di tempah oleh
Pn Noreen (YDP PIBG SK Damansara Jaya 2).
Coklat ni untuk untuk Pn Kan bekas NYDP PIBG yang banyak berjasa.
Tq Pn Noreen..




Hamper kat bawah ni pula, tempahan dari kawan suami. Katanya untuk diberikan kepada isterinya sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka. Saya buat special skit hamper ni...oleh kerana beli bakul terbesar skit, so nampak tak cantik...jenuh pikir macam mana nak gantikan bakul tu.. so saya guna kotak dan anyam dengan reben satin...taaraaa...lihatlah hasilnya..siap ada label bentuk love lagi...harap si isteri gembira dengan hasil coklat saya ni...tqvm

Oven kecilku...

Baru teringat nak tangkap gambar dan upload gambar oven kecil kesayanganku...Oven ni banyak berjasa...raya tahun lepas buat bisnes biskut raya...kalau nak tahu saya bakar biskut tempahan tu dengan oven ni je...oven pemberian emak...tahun ni berazam untuk beli oven besar skit sblm raya...insya allah...so raya tahun ni bisnes biskut macam biasa ya...
nanti jangan lupa order banyak-banyak ya...

Semuanya untuk Aisyah...

Cream puff kegemaran semua...kononnya nak buat dua adunan tapi adunan yang pertama tak menjadi plak...nasib baik adunan ke 2 jadi...dapatlah 50 biji je..tu pun terpaksa buat kecik-kecik...habis licin masa majlis tu...sampai ada orang yang kempunan tak dapat makan..

Ni plakk..buttercream icing...untuk kek..second try ni lg sedap
dari first try beberapa bulan lepas...baru belajar buat icing ni..
kalau menjadi memang terasa puas di hati...

Icing yg dah di lepa pada kek... ni first try buat hiasan sendiri untuk kek...
kek adik buat...kerja menghias diserahkan kepada saya...mari layannnnz...


Inilah hasilnya...kek pertama yang saya hias guna fondant dan
gambar yang cute tu adalah edible imej rekaan mummy Aisyah...
cantik tak...

Coklat Hari Lahir Aisyah...

Beberapa jenis coklat untuk majlis hari lahir Aisyah..

Coklat Oreo dengan edible imej gambar birthday girl...
suka betul yg ni..cute sangat gambar ni..

Lolychoc campur-campur....

Marshmallow choc dengan hiasan bijian hundreds thounsands...
menarik tak..idea last minit...

Tuesday, February 1, 2011

Coklat Hamper



Coklat hamper ni tempahan daripada Kak Nik, regular customer.
Tqvm Kak Nik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...