Friday, December 21, 2012

Red Velvet




Red Velvet Cake dengan dekorasi pink rose. Tempahan daripada 
Noorazah Hamzah...eh..macam kenal nama customer ni...
ehh...adik i  lah.
 Kek ni nak dibawa ke Singapura...TQVM

Hamper


2 bakul hamper coklat, tempahan Puan Loges daripada PPD Petaling Utama. 
Tempahan kedua daripada beliau. Terima kasih.

Sunday, December 16, 2012

Kek Baldu Merah...





Selalunya buat cupcake. Kali ni cuba buat sebiji kek baldu merah 
dengan deko mudah yang baru dipelajari. Rasanya sedap sangat.....

Tuesday, December 4, 2012

Kotak 'Book Style'




3 kotak coklat ini tempahan daripada Puan Loges, Pegawai PPD Petaling Utama.
Tempahan yang paling cepat pernah saya siapkan.
 Beliau tempah pagi dalam pukul 10.30 dan saya berjaya 
hantar kepada beliau pada pukul 4.30 petang. Tq to Puan Loges.

Bunga-bunga Matahari







Tempahan daripada Puan Zie dari Kelana Jaya. 
Beliau menempah sebanyak 100 batang lollychoc bunga matahari. 
Coklat yang berwarna tu saya beli yang dah berwarna dan berperisa. 
Senang dan sedap...hihihi. Apa-apa pun terima kasih kepada Puan Zie.

Tempahan Kak Ani


Tempahan daripada Kak Ani dari Kota Damansara.
 Beliau menempah 30 batang lollychoc rose untuk dijadikan
 gubahan hantaran majlis pertunangan adikny di Sungai Besar.
Terima Kasih.

Monday, November 19, 2012

Tempahan Nik Suzaliza

Pn Nik menempah 100 batang lollychoc ros warna pink. 
50 kotak yang mengandungi 2 biji coklat. 
Terima Kasih Pn Nik.











Coklat untuk Majlis Kerja Kahwin Adik


Oreo choc dengan fondant berperisa oren. 
Berjaya membuat sebanyak 1500 biji untuk majlis 
perkahwinan adik yang berlangsung pada 11.11.2012.
 Nak tengok gambar-gambar majlis bolehlah lawat FB saya ya.






Bunga pahar coklat untuk majlis khatam al-quran. 
Setiap tangkai ada 3 kuntum bunga ros oren.


Bengkel Ko-Akademik PPDPU


Coklat oreo untuk peserta Bengkel Ko Akademik PPDPU 2012.
Oreo choc sebanyak 65 biji ini ditempah oleh En Khairul Anuar.
Terima Kasih.



Epal Celup Coklat. First time buat, epal ni untuk 
dimasukkan ke dalam bakul hamper.


 Epal celup coklat dimasukkan ke dalam kotak ni..
sebenarnya ini adalah kotak cupcake..




Sebakul Kemanisan


Sebakul Hamper coklat tempahan En Khairul Anuar 
dari PPD Petaling Utama.Tempahan ini khas untuk perasmi 
Bengkel Ko-Akademik PPDPU 2012.
Terima Kasih.

Kotak Coklat


35 biji coklat dalam kotak 'bookstyle' tempahan
 En Khairul Anuar dari PPD Petaling Utama. 
Hadiah ini adalah ubtuk perasmi 
Program RIMUP peringkat PPD Ptaling Utama. 
Tqvm.

Monday, August 27, 2012

Rezeki Raya 2012

Simple & small hamper.....( 2 jenis biskut raya)

Biskut Nestum....Paling banyak tempahan...juara biskut raya tahun ni ....alhamdulillah


Antara tempahan yang berjaya disiapkan. Tahun ni ada 5 jenis biskut raya iaitu
Biskut Nestum, Cornflakes strawberry, biskut koko, biskut coklat chip
dan sarang semut. Terima kasih kepada semua
pelanggan-pelanggan lama dan baru yang sudi menempah
biskut raya pada tahun ini.
Syukur alhamdulillah...rezeki Allah s.w.t.

Wednesday, July 18, 2012

Biskut-Biskut Raya

Biskut Nestum
RM22/container (50 - 55 pcs)


Cornflakes Chocolate with strawberry flavor
RM22/container (50 pcs)

Biskut sarang Semut
RM22/container (50 pcs)

Biskut Koko
RM22/container (50 - 55 pcs)

Biskut Chocolate chip
RM25/container (50 - 55 pcs)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...